Arsenal telah membuat tawaran rasmi untuk menandatangani Pierre-Emerick Aubameyang, demikian pengesahan Ketua Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke.

Setelah tidak bermain ketika seri tanpa jaringan menentang Wolfsburg kerana alasan disiplin, Aubameyang juga tidak bersama Dortmund ketika seri 1-1 di Hertha Berlin.

Penyerang itu dikaitkan dengan Arsenal sebagai pengganti Alexis Sanchez, yang kelihatan bersedia untuk menyertai Manchester United dalam perjanjian yang membawa Henrikh Mkhitaryan turut berhijrah ke kelab London itu.

Dan Arsenal kini meningkatkan minat mereka, dengan tawaran untuk Aubameyang dilaporkan bernilai €50 juta (RM241 juta).

"Saya dapat mengesahkan bahawa terdapat permintaan pertama dari Arsenal untuk Pierre-Emerick Aubameyang dan kami tidak mengulas jumlah yang telah disebutkan," kata Watzke seperti dipetik dalam Ruhr Nachrichten.