Diouf kembali serang Gerrard susulan pengumuman persaraannya

By Dejan Kalinic 25 November 2016
 Diouf kembali serang Gerrard susulan pengumuman persaraannya
El Hadji Diouf sekali lagi menyelar bekas rakan sepasukannya, Steven Gerrard, selepas legenda Liverpool itu mengumumkan persaraannya. 

Pemenang Liga Juara-Juara dan Piala FA berusia 36 tahun itu mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak profesional semalam.

Diouf, yang menghabiskan kariernya selama dua musim di Liverpool, pernah mengkritik Gerrard dan sekali lagi dia berbuat demikian terhadap pemain tengah itu. 

"Ketika saya tiba, saya membuktikan dia bukanlah sesiapa," katanya kepada SFR Sport. 

"Saya bertanya kepadanya, "Apakah kejohanan hebat yang pernah anda harungi dan bagaimana orang mengingatimu?' Dia bukanlah Zinedine Zidane.

"Sebagai pemain, saya menghormatinya. Dia merupakan pemain yang hebat. Tapi bukan sebagai seorang individu. Saya mahu dia tahu. 

"Bagi saya, dia seperti pemain yang lain. Dia perlu mempamerkan aksi yang bagus dan bermain dengan cara terbaiknya tapi usahlah pergi kepada jurulatih dan melaporkan apa yang sedang berlaku di dalam bilik persalinan."

Diouf percaya Gerrard gentar terhadapnya dengan menambah: "Dia tahu saya tidak berselindung. 

"Dia tidak bertentang mata dengan saya kerana dia takut. Dia takut untuk bercakap dengan saya. 

"Ketika saya tiba di Liverpool, dia yang meminta jersi saya, bukan sebaliknya."

About Author

Dejan Kalinic

Comment