Dier: Tottenham perlu 'nikmati' cabaran sukar ini 

By Staff Writer 17 October 2019 105
Dier: Tottenham perlu 'nikmati' cabaran sukar ini 
Eric Dier menyeru semua pihak berkaitan dengan Tottenham agar mengambil kira situasi kelab yang dilabel sebagai dilanda krisis itu agar menikmatinya dalam usaha mengembalikan kempen musim ini di landasan sebenar. 

Tottenham memasuki tempoh rehat antarabangsa dua minggu lalu dengan kekalahan 0-3 kepada Brighton & Hove Albion, sekali gus meletakkan mereka di tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pasukan kendalian Mauricio Pochettino itu juga dibelasah 2-7 oleh Bayern Munich dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) awal bulan ini serta disingkirkan oleh pasukan Liga Divisyen Dua, Colchester United, dalam Piala Liga Inggeris (EFL) menerusi penentuan sepakan penalti.

Tottenham akan kembali menyambung aksi dengan menentang Watford di gelanggang sendiri. Justeru, Dier, yang diturunkan dalam kesebelasan utama ketika menentang Brighton, berikrar untuk mempamerkan tindak balas positif.

"Sejujurnya, selepas menentang Brighton, saya mahu bermain lagi pada hari berikutnya," kata Dier kepada laman sesawang rasmi kelab itu. 

"Adalah tidak manis untuk melalui jadual antarabangsa dan terpaksa menunggu lama.

"Pada masa yang sama, ia memberikan anda ruang untuk bertenang dan meletakkan emosi di tempat yang tepat. Semoga itulah yang kami akan lakukan dan kami mampu berjuang sebagai sebuah kelab.

"Kami memerlukan semua pihak, termasuk pemain, kakitangan dan peminat untuk berdiri teguh dan berjuang dalam tempoh ini.

"Saya tidak mahu kami menjadi salah sebuah pasukan yang mengeruhkan lagi situasi seperti ini dan akhirnya mengalami kejatuhan. Saya mahu kami semua berdiri teguh dan terus berjuang, itulah perasaan semua pihak yang ada di sini.

"Kami merupakan kumpulan yang sangat realistik, sangat realistik tentang keadaan ini dan kami sedar perlu melakukannya dengan lebih baik lagi."
 
Finalis Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu itu hanya menang tiga daripada 11 perlawanan musim ini, namun pemain tengah itu menganggap label krisis yang dilemparkan itu telah membuktikan kewibawaan mereka di bawah pimpinan Pochettino.

"Bagi saya, perkara utamanya adalah kami saling bekerjasama. Baiklah, mungkin ada yang telah berhijrah dan ada pula yang datang tetapi kami semua telah berjuang bersama-sama sejak lima tahun lalu untuk sampai ke tahap ini dan kekalahan dalam dua perlawanan lalu pula telah mencetuskan situasi seperti ini," katanya.

"Kami mahu ke tahap di mana kami dianggap sebagai pasukan yang jika tumpas dalam dua perlawanan seperti itu, ia akan mengundang banyak kritikan. Oleh itu, kami perlu menikmati keadaan ini. 

"Kami sudah sampai ke tahap ini dan ketika ini, kami perlu seperti yang saya katakan kepada pihak akhbar selepas perlawanan dengan Brighton bahawa kami tidak boleh berundur, kami perlu mara ke hadapan, meneruskannya, melawannya, semua orang perlu bersatu-padu.

"Ia satu faktor yang sentiasa menjadi salah satu daripada kekuatan pasukan ini. Kami sentiasa bersatu-padu dan dapat keluar daripada situasi sukar dalam perlawanan, ini tempoh yang sukar. 

"Kami telah membuktikannya banyak kali bahawa kami mampu memacu keluar daripada situasi seperti ini."


 

About Author

Staff Writer

Comment