Dier tidak akan ke mana-mana -- Pochettino

By Staff Writer 15 December 2016 86
Dier tidak akan ke mana-mana  -- Pochettino

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, menafikan dakwaan bahawa Eric Dier akan meninggalkan White Hart Lane ketika jendela perpindahan dibuka, Januari ini.

Dier dikhabarkan tidak berpuas hati ekoran kurang mendapat masa bermain bersama Spurs, dengan Chelsea dan Bayern Munich dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat pemain itu.

Mampu beraksi di bahagian pertahanan dan tengah, pemain berusia 22 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama dalam kemenangan 3-0 ke atas Hull City.

Pochettino yakin bahawa bekas pemain Sporting CP itu akan kekal di London.

"Tidak sama sekali," kata Pochettino apabila di tanya sama ada Dier akan berhijrah.

"Eric Dier adalah pemain kami. Dia masih terikat dengan kontrak. 

"Tidak syak lagi masa depannya adalah bersama kami di Tottenham."

Dier telah membuat 14 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini." 

 

About Author

Staff Writer

Comment