Eric Dier berkata Tottenham akan menjawab kritikan selepas kelab itu gagal membawa masuk sebarang pemain dalam jendela perpindahan.

Spurs merupakan satu-satunya kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang gagal menyempurnakan sebarang tawaran sebelum tamat jendela perpindahan Khamis lalu walaupun pengurus, Mauricio Pochettino, dan bintang, Harry Kane, melanjutkan kontrak untuk memberikan komitmen jangka panjang.

Dier mempersoalkan pesaing Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di samping memuji barisan pemain yang dimiliki oleh Pochettino.

"Ia merupakan cabaran buat kami untuk menjawab kritikan yang diberikan kepada pasukan," kata Dier.

"Kami akan menikmati halangan ini. Spurs memiliki barisan pemain yang menarik serta berkualiti dalam setiap posisi.

"Bukan tugas mudah untuk mempertingkatkan mutu pasukan. Anda dapat melihat kelab-kelab lain -- mereka telah membawa masuk pemain baru tetapi rata-rata pemain yang dibawa masuk tidak berada di tahap yang sama seperti pemain-pemain Spurs.

"Kami akan terus berlatih bersama-sama dan berusaha meningkatkan lagi mutu permainan," katanya lagi.