Dembele puji kematangan ditonjolkan Spurs

By Staff Writer 6 January 2017 71
Dembele puji kematangan ditonjolkan Spurs

Pemain tengah Tottenham Hotspur, Moussa Dembele, percaya pasukannya menampakkan kematangan ketika melakar kemenangan 2-0 ke atas Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Rabu.

Dua gol oleh Delle Alli membantu Spurs menamatkan rekod 13 kemenangan berturut-turut lawan.

Dembele mengakui kemenangan itu turut memberi impak positif terhadap Spurs di samping berkata ia menjadi bukti skuad itu semakin mempamerkan kemajuan di bawah kendalian Mauricio Pochettino.

"Kami semakin matang," Dembele memberitahu akhbar UK.

"Kami sudah mengenali antara satu sama lain, kemenangan itu sangat penting buat kami.

"Jika kami gagal menang, sukar untuk merapatkan jurang mata dengan Chelsea."

Kini hanya 10 mata memisahkan The Blues dengan pasukan menduduki tangga keenam liga, Manchester United, manakala Spurs menghuni kedudukan ketiga liga selepas lima kemenangan berturut-turut.

"Kami tahu corak permainan yang akan di guna pakai Chelsea. Kami juga tahu mereka memiliki pemain yang cukup berkualiti," tambahnya.

About Author

Staff Writer

Comment