West Ham telah dikaitkan dengan perpindahan untuk Jermain Defoe tetapi pengurus Sunderland, David Moyes, tidak berhasrat untuk menjual penyerang itu.

Sunderland menduduki tangga ke-18 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan Defoe merupakan tonggak utama pasukan yang dilihat mampu membantu pasukan untuk terus berjuang dalam EPL, sekaligus menarik perhatian bekas kelabnya.

"Defoe adalah pemain yang sangat bernilai untuk pasukan ini, tiada harga yang boleh diletakkan kepadanya kerana dia sangat penting buat kami untuk kekal bergelar sebagai kelab Liga Perdana.

"Dia telah menjaringkan lapan gol dan jika dia mampu menjaringkan lapan atau 10 gol sebelum tamat tahun ini, kami memiliki peluang untuk mengelak daripada penyingkiran.

"Kami tidak akan menjualnya, itu adalah keputusan saya."