MIDDLESBROUGH 0 WATFORD 1

Troy Deeney berkata Isaac Success akan terus mengganas dalam Liga Perdana Inggeris selepas mempamerkan aksi yang mantap ketika menewaskan Middlesbrough di Riverside.

Jaringan tunggal Jose Holebas cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 buat The Hornets dan memberikan kekalahan ketiga berturut-turut buat Boro di laman sendiri.

Walaupun pemain kebangsaan Greece itu yang meledak gol kemenangan, Success telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas membuktikan kebolehannya di atas padang.

"Setiap orang lupa bahawa dia masih muda," kata Deeney.

"Dia memiliki kekuatan fizikal yang bagus dan dia masih muda, banyak lagi perkara yang boleh dipelajarinya.

"Sebagai kapten, anda perlu cuba dan memberikan panduan kepadanya. Success merupakan seorang pemain yang berbakat. Jika anda melakukan hantaran yang kemas kepadanya, dia mampu mencipta sesuatu untuk pasukan.

"Saya gembira dengan usaha yang telah dipamerkan oleh Success bersama Watford."