Deco: Mourinho mampu bantu United menangi Liga Perdana

By Joe Wright 6 October 2016
Deco: Mourinho mampu bantu United menangi Liga Perdana

Bekas bintang Chelsea, Deco, berkata dia mahu menyaksikan Manchester United memenangi Liga Perdana di bawah kendalian Jose Mourinho musim ini.

Pemain berusia 39 tahun itu telah beraksi selama dua musim di Stamford Bridge, memenangi takhta liga dan dua Piala FA di bawah kendalian Luiz Felipe Scolari dan Carlo Ancelotti.

Namun, bekas pemain kebangsaan Portugal itu memberikan sokongan kepada Mourinho, untuk membawa United kembali memenangi takhta liga.

"Ketika Jose berada di sesebuah kelab, setiap orang akan melihat kepadanya," kata Deco.

"Beliau merupakan pengendali terbaik buat United.

"United perlu kembali memenangi takhta dan saya berpendapat Jose mampu membantu mereka mengecapi impian itu.

"Liga Perdana sangat sukar. Banyak pemain baru yang perlu mengenali antara satu sama lain, ia amat mengelirukan.

"Harapan yang terletak kepada United sangat tinggi selepas mereka telah banyak melabur mendapatkan pemain yang mahal. Setiap orang menantikan sesuatu daripada United.

"Pada perspektif saya, saya berharap Jose mampu memenangi Liga Perdana bersama United, sama seperti dilakukannya ketika bersama Chelsea."
 
Deco juga yakin dengan Antonio Conte, yang mengambil alih tugas di Stamford Bridge selepas membantu Itali mara ke pusingan suku akhir Euro 2016, mampu mengembalikan zaman kegemilangan Chelsea.

"Beliau merupakan jurulatih yang baik dan telah memenangi segala-galanya di Juventus.

"Beliau akan memberikan idea baru tetapi permainan Liga Perdana semakin sukar berbanding dahulu. Sukar untuk memenangi perlawanan dan itu merupakan satu kebiasaan."

About Author

Joe Wright

Comment