Davies mampu lakar nama bersama Everton

By Patric Ridge 3 January 2017 146
Davies mampu lakar nama bersama Everton

Ronald Koeman mempertahankan persembahan pemain muda Everton, Tom Davies, yang bakal menempah namanya bersama kesebelasan utama dalam separuh kedua musim 2016-17 walaupun kelab itu bakal mendapatkan beberapa pemain berpengalaman bagi memperkuatkan lagi skuad.

Davies dan seorang pemain muda, Dominic Calvert-Lewin, diberikan aksi pertama musim ini oleh Koeman ketika Everton mencipta kemenangan 3-0 ke atas Southampton, menjadi gandingan pemain muda pertama beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Calvert-Lewin mengalami kecederaan pada awal permainan tetapi Davies mempamerkan aksi yang menyerlah di bahagian tengah, melakukan bantuan jaringan bagi jaringan Romelu Lukaku pada minit ke-89.

Koeman berpuas hati dengan persembahan pemain berusia 18 tahun itu, yang membuat penampilan sulung bersama Everton ketika berdepan bekas skuad kendalian Koeman musim lalu.

"Kami akan ketiadaan khidmat Idrissa Gueye yang bakal beraksi dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) bersama Senegal dan kami perlu mendapatkan pemain untuk berganding dengan Gareth Barry," kata Koeman.

"James McCarthy masih belum berada di tahap terbaik, jadi kami memerlukan sebanyak pemain di bahagian tengah.

"Davies merupakan pemain muda yang dibawa masuk dan berjaya memainkan peranan yang penting, ia merupakan pengalaman yang baik buat dirinya."

About Author

Patric Ridge

Comment