David Luiz terkam wartawan di Cobham

By Staff Writer 17 February 2017 234
David Luiz terkam wartawan di Cobham

Selepas pengendali, Antonio Conte, menggelarnya sebagai seorang 'pahlawan' kerana bermain meskipun mengalami kecederaan, David Luiz mempamerkan perwatakan bagaikan seorang jaguh gusti seperti Ultimate Warrior dalam sesi latihan Chelsea.

Pertahanan Brazil itu dikenali dengan corak permainan agresif di atas padang dan dia mempraktikannya ketika penyampai Chelsea TV, Lee Parker, sedang melakukan previu pertemuan Piala FA berdepan Wolverhampton Wanderers di padang latihan Cobham.

Melakukan aksi yang sering kelihatan dalam dunia WWE, David Luiz berlari ke arah Parker sebelum melakukan terjahan ala ragbi terhadapnya.

Luiz menjatuhkan Parker sebelum membuat kiraan satu-dua-tiga dan kemudian melepaskan wartawan itu.

Mungkin satu hari nanti, Pengerusi WWE, Vince McMahon,      berminat untuk membawanya ke dunia gusti.

About Author

Staff Writer

Comment