Diogo Dalot mahu membalas kepecayaan Jose Mourinho terhadap dirinya dalam musim sulung bersama Manchester United.

Dalot merupakan antara tiga pemain baru yang dibawa masuk United, namun kegagalan mendapatkan khidmat pemain-pemain yang lebih berkualiti merupakan antara kekecewaan yang dihadapi oleh Mourinho.

Mourinho berada di bawah tekanan selepas permulaan United yang hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Tetapi beliau mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong United sementara pemain-pemain seperti Romelu Lukaku dan Nemanja Matic menyatakan seluruh pasukan masih lagi meletakkan kepercayaan terhadap Mourinho.

"Sejarah dan pencapaiannya telah membuktikannya. Dia merupakan dalam kalangan pengurus terbaik.

"Beliau meletakkan kepercayaan kepada saya. Ia adalah perkara yang paling penting. Saya mahu membalasnya dengan mempamerkan aksi berkualiti," ujarnya.

Kecederaan lutut memaksa penampilan pertama Dalot tertangguh tetapi dia optimis akan pulih dengan segera.

"Buat masa ini, keadaan saya semakin baik dan tidak sabar untuk beraksi. Pasukan telah banyak membantu ketika saya melalui proses pemulihan.

"Jika pengurus berasakan saya sudah bersedia, saya akan memberikan yang terbaik."