Coutinho mahu kembali beraksi sebelum 2016 berakhir

By Iain Strachan 13 December 2016 58
Coutinho mahu kembali beraksi sebelum 2016 berakhir

Philippe Coutinho berharap untuk kembali cergas sebelum aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Manchester City pada 31 Disember nanti.

Perancang kelahiran Brazil itu mengalami kecederaan buku lali ketika The Reds menang 2-0 ke atas Sunderland di Anfield bulan lalu dan ia telah merehatkan Coutinho dalam beberapa perlawanan dan mungkin perlu terlepas lebih banyak perlawanan.

Pengurus pasukan, Jurgen Klopp, berkata The Reds tidak akan mendapat khidmat Coutinho sehingga Januari tetapi pemain berusia 24 tahun itu berharap untuk beraksi pada hari terakhir 2016 berdepan skuad kendalian Pep Guardiola.

"Ia merupakan harapan saya untuk beraksi kali terakhir untuk tahun 2016," kata Coutinho.

"Proses pemulihan berjalan dengan lancar. Saya sangat gembira dengan perkembangan buku lali saya yang semakin pulih."

Coutinho tidak terdaya untuk membantu Liverpool ketika seri 2-2 dengan West Ham pada Ahad.

"Saya sangat kecewa kerana tidak dapat beraksi kerana saya tidak mampu membantu pasukan saya," kata bekas pemain Inter itu.

"Dalam perlawanan lepas, kami seri dan ia bukan keputusan yang diingini, tetapi kami masih memiliki kualiti dan berharap kami mampu menghasilkan permainan yang lebih bertenaga untuk perlawanan akan datang."

 

About Author

Iain Strachan

Comment