Bintang Liverpool, Philippe Coutinho, menggesa pasukan untuk terus mengejar 'sasaran utama' walaupun gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp gagal melakar kemenangan dalam empat perlawanan menjelang perlawanan Piala FA berdepan Plymouth Argyle pada Rabu.

Kembali pulih daripada kecederaan buku lalu, Coutinho memulakan aksi dari bangku simpanan dalam dua perlawanan berturut-turut.

Pemain kebangsaan Brazil itu memberikan kata-kata semangat kepada rakan sepasukannya, yang kini menduduki tangga ketiga liga untuk mengekalkan momentum dan terus mengejar kejayaan musim 2016-17.

"Kami harus bekerjasama kerana saingan musim yang panjang. Kami memiliki sasaran yang perlu direalisasikan musim ini," kata Coutinho kepada Sky Sports.

"Keyakinan akan memberikan keputusan yang cemerlang, kami perlu terus bekerja keras sehingga penghujung musim."

Aksi cemerlang Coutinho musim pada 2016-17 telah menarik minat gergasi LaLiga, Barcelona, untuk mendapatkan pemain perancang The Reds itu.

Pemain berusia 24 tahun itu, bagaimanapun, gembira serta selesa berkhidmat di bawah kendalian Klopp.

"Beliau seorang pengurus yang bagus.

"Beliau telah menukar mentaliti pasukan kami. Liverpool lebih mantap di bahagian pertahanan dan kami perlu terus memberikan kerjasama."