Diego Costa mengakui dia hampir meninggalkan Chelsea untuk kembali bersama Atletico Madrid sebelum bermulanya musim 2016-17.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu mempamerkan prestasi yang menyerlah musim ini dan merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 14 gol.

Costa berasakan dirinya tidak lagi sesuai untuk beraksi bersama Chelsea enam bulan lalu dan mempertimbangkan untuk kembali ke Atletico.

"Adakah saya hampir meninggalkan Chelsea? Ya. Saya hampir meninggalkan Stamford Bridge," kata Costa.

"Tetapi keputusan saya untuk berhijrah adalah mengenai keluarga saya, bukan kerana sudah tidak gemar beraksi di sini. Penyokong-penyokong Chelsea sentiasa memberikan semangat kepada saya untuk beraksi di sini.

"Saya sangat gembira di sini, pengurus pasukan, Conte, juga mempercayai kebolehan yang saya miliki."