Costa kembali sertai latihan pasukan selepas berbalah dengan Conte

By Nicholas McGee 17 January 2017
 Costa kembali sertai latihan pasukan selepas berbalah dengan Conte
Diego Costa kembali berlatih bersama skuad utama Chelsea semalam selepas diarahkan berlatih bersendirian pada Isnin lalu susulan perbalahannya dengan pengurus, Antonio Conte. 

Pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan menjadi sasaran kelab Liga Super China, Tianjin Quanjin -- yang menjadi punca dia diketepikan ketika The Blues merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Leicester City. 

Conte memberi alasan penjaring terbanyak bersama itu tidak dapat menyertai sesi latihan akibat kecederaan belakang -- alasan serupa yang diberikan selepas perlawanan tamat sambil dia mengakui tidak mengetahui sebarang minat daripada kelab China itu. 

Pemain antarabangsa Sepanyol itu dilihat berlatih berseorangan tatkala rakan sepasukan yang lain menikmati cuti sehari. 

Namun, Costa kembali berlatih bersama skuad utama menjelang aksi berdepan Hull City di Stamford Bridge, Ahad ini. 

Costa telah menyumbat 14 gol musim ini -- di samping Zlatan Ibrahimovic dan Alexis Sanchez -- untuk membantu Chelsea mengukuhkan kedudukan dengan kelebihan tujuh mata di puncak liga. 
 

About Author

Nicholas McGee

Comment