Costa akan ke Liga Super China?

By Staff Writer 15 January 2017
Costa akan ke Liga Super China?

Antonio Conte yakin berita mengenai perpindahan Diego Costa ke kelab Liga Super China, Tianjin Quanjin adalah spekulasi semata-mata.

Costa diketepikan daripada aksi berdepan Leicester City yang berkesudahan 3-0 pada Sabtu, dengan kelab itu menyatakan bahawa tonggak penyerang mereka itu mengalami kecederaan.

Namun, timbul laporan bahawa Conte dan Costa telah terlibat dalam satu pertelingkahan yang dikhabarkan berpunca daripada isu kecederaan dan laporan perpindahan ke China.

Conte menegaskan bahawa dia tidak tahu menahu mengenai sebarang tawaran buat Costa.

"Saya tida tahu mengenai perkara ini," Conte memberitahu media. "Pihak atasan juga tidak memberitahu saya perkara ini. Pada saya ini sekadar spekulasi."

Bagaimanapun, Conte enggan mengulas apabila ditanyakan sama ada bekas penyerang Atletico Madrid itu akan beraksi dalam perlawanan berikutnya.

"Saya tidak akan risau mengenai perkara ini," tambahnya.

"Kerana hari ini pemain saya telah mempamerkan aksi cukup mantap. Itu yang paling penting.

"Apabila kami mampu menang 3-0 ke atas Leicester, itu bermakna tiada apa yang lebih penting.

"Saya sangat gembira dengan permainan mereka."

About Author

Staff Writer

Comment