Pemain tengah Arsenal, Francis Coquelin, memuji aksi Granit Xhaka susulan ketiadaan Santi Cazorla yang mengalami kecederaan.

Pemain antarabangsa Switzerland itu telah pun mengesahkan tempatnya dalam kesebelasan utama The Gunners selepas berhijrah dari Borussia Monchengladbach.

Xhaka kini menjadi gandingan terbaru Coquelin di bahagian tengah tatkala Cazorla mengalami kecederaan buku lali.

Prestasi Xhaka turut mendapat pujian daripada Coquelin kerana berjaya mencapai keserasian meskipun ini adalah musim pertamanya bersama Arsenal.

"Kemampuannya mengawal bola, membuat hantaran dari jarak jauh cukup menakjubkan," Coquelin memberitahu Arsenal Player.

"Dia seorang pemain tengah yang lengkap. Saya tidak tahu berapa banyak penampilannya bersama Switzerland kerana dia baru berusia 24 tahun. Dia masih dalam proses menyesuaikan diri tetapi aksinya sehingga kini cukup bagus.

"Mana-mana pasukan akan bergelut jika ketiadaan Santi. Dia seorang pemain yang mantap sejak berhijrah ke Arsenal.

"Tetapi saya melihat pemain lain seperti Aaron Ramsey, Xhaka telah beraksi dengan cukup baik menggantikan Cazorla."

Xhaka setakat ini telah menyumbat tiga gol dalam 24 penampilan bersama Arsenal.