Ketua jurulatih Chelsea, Antonio Conte, berkata beliau tidak terkejut dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh Eden Hazard musim ini.

Bintang Belgium itu mengharungi kempen 2015-16 yang hambar selepas dinobat sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris musim sebelumnya.

Tetapi Hazard kembali ke tahap terbaiknya dan menjaringkan gol untuk membantu pasukan melakar 12 kemenangan berturut-turut ketika menewaskan Bournemouth 3-0.

Hazard telah menjadi perancang utama pasukan dengan meledak sembilan gol dan satu bantuan jaringan dalam 17 perlawanan.

"Saya mengenali Hazard ketika saya mengendalikan Itali dan saya sering melihatnya beraksi di televisyen, jadi saya tidak terkejut dengan prestasinya kerana dia seorang pemain yang berbakat," ujar Conte.

"Bakat yang dimilikinya telah membantu pasukan ini. Saya amat berpuas hati melihat dia beraksi, sangat menakjubkan.

Chelsea kini memiliki kelebihan tujuh mata di persada liga dan bakal menerima kunjungan Stoke City dalam perlawanan seterusnya.