Pengendali Chelsea, Antonio Conte, menyifatkan dirinya sebagai satu bencana apabila melibatkan pendekatannya untuk meyakinkan kelab bagi mendapatkan pemain baru.

Conte kini berada dalam situasi amat tertekan selepas The Blues sekadar menduduki tangga kelima liga,
namun berulang kali mengkritik polisi perpindahan yang diamalkan pasukannya selepas terlepas peluang
untuk mendapatkan pemain yang diinginkan seperti Alexis Sanchez dan Virgil Van Dijk.

Dia berterus-terang mengenai percubaannya untuk membiasakan diri dengan cara pasukan
mendapatkan pemain yang disasarkan.

"Saya rasa saya agak teruk dalam meyakinkan pasukan untuk membeli pemain-pemain.

"Dalam aspek itu, saya mampu terus meningkat. Saya perlu mempelajarinya daripada pengurus-pengurus
lain tetapi saya yakin boleh terus menjadi lebih bagus," kata Conte.

Bagaimanapun, Conte yakin akan kemampuannya dalam memacu Chelsea meraih kemenangan apabila melayani kunjungan West Bromwich Albion, awal pagi esok.

"Tugas saya adalah untuk mendapatkan aksi terbaik daripada setiap pemain, membetulkan mentaliti
serta keinginan mereka untuk berjuang. Saya agak bagus melakukannya.

"Kebiasaannya, saya dapat meraih keputusan yang baik dengan barisan pemain yang saya miliki,"
tambahnya.