Pengurus Chelsea, Antonio Conte, memuji karakter Alvaro Morata selepas menamatkan kemarau jaringannya dalam kemenangan suku akhir Piala FA ke atas Leicester City, awal pagi tadi.

Penyerang Sepanyol itu memecah kebuntuan menerusi gerakan licik pada minit ke-42 untuk finalis musim lalu itu melakar kemenangan 2-1 dalam masa tambahan.

Ia merupakan ledakan pertama Morata tahun ini untuk dia membalas kepercayaan diturunkan dalam barisan utama sejak dipinggirkan dalam tiga perlawanan terakhir.

Pemain berusia 25 tahun itu beberapa kali hampir menokok jaringan dan aksi keseluruhannya meraih pujian.

"Bagi Alvaro, adalah penting untuk menjaringkan gol tetapi saya gembira dengan prestasinya," kata Conte kepada wartawan.

"Dia menunjukkan watak yang hebat dan menjadi kuat, saya fikir jaringan itu sangat penting untuk masa depannya."