Conte nafi bertikam lidah dengan Costa

By Amirul Azreen 15 January 2017
Conte nafi bertikam lidah dengan Costa

Pengendali Chelsea, Antonio Conte menegaskan ketiadaan Diego Costa dalam kesebelasan utamanya dalam kemenagnan 3-0 ke atas Leicester City adalah disebabkan pemain itu mengalami masalah kecederaan.

Timbul laporan pada Jumaat bahawa pemain berusia 28 tahun itu -- yang dikhabarkan menjadi sasaran kelab China, Tianjin Quanjian -- tidak akan beraksi di Stadium King Power.

Conte berkata penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris itu tidak dapat beraksi selepas terlepas sesi latihan susulan mengalami kecederaan pada Selasa.

"Saya sudah menjelaskan perkara sebenar," jelas bekas pengendali Juventus itu. 

"Diego tidak berlatih pada Selasa kerana dia merasai kesakitan jadi dia terlepas keseluruhan latihan minggu lalu, dan atas sebab itu dia tidak beraksi hari ini."

Sementara itu, Conte turut mendakwa dia tidak tahu-menahu berkenaan dengan laporan bahawa pemain itu menjadi sasaran kelab China, Tianjin Quanjin.

 

About Author

Amirul Azreen

Comment