Conte: Mutu permainan Chelsea mampu dipertingkat lagi

By Jack Davies 17 December 2016
Conte: Mutu permainan Chelsea mampu dipertingkat lagi

CRYSTAL PALACE 0 CHELSEA 1

Pengurus Chelsea, Antonio Conte mempercayai skuad kendaliannya masih memiliki ruang untuk memperbaiki prestasi pasukan setelah berjaya menyamai rekod kelab dengan 11 kemenangan berturut-turut selepas menewaskan Crystal Palace 1-0, semalam.


Jaringan tunggal perlawanan daripada Diego Costa di separuh masa pertama sudah memadai buat The Blues untuk meraih tiga mata penuh di Selhurst Park, pertahanan Marcos Alonso berpeluang untuk menambah jaringan namun percubaan sekadar terkena palang gol.

Ia bukan persembahan terbaik Chelsea, tetapi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, mempamerkan kualiti yang terbaik selepas menyamai rekod 11 kemenangan berturut-turut.

"Ia merupakan satu pencapaian yang sangat bagus," kata Conte kepada BBC Sport. 

"Tahniah kepada pemain-pemain saya, saya sangat berpuas hati dengan prestasi mereka.

"Kami masih mampu mempertingkatkan lagi mutu permainan kami, terdapat beberapa aspek yang harus dinilai semula dan mencari jalan mengukuhkannya lagi.

"Kami telah berusaha dengan baik dalam hampir semua bahagian. Kami tidak boleh melihat kepada kedudukan liga dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan akan datang. 

Conte bakal ketiadaan Costa dan N'Golo Kante untuk perlawanan 'Boxing Day' bertemu Bournemouth selepas gandingan itu telah mengumpul lima kad kuning.

"Diego dan N'Golo Kante adalah pemain yang penting but kami. Chelsea akan menerima kunjungan Bournemouth di Stamford Bridge dan kami mahu memberikan yang terbaik untuk penyokong-penyokong kami."

 

About Author

Jack Davies

Comment