Conte: Costa adalah seorang perwira

By Harry West 11 December 2016 203
Conte: Costa adalah seorang perwira

Pengurus Chelsea, Antonio Conte, memuji Diego Costa sebagai "perwira" manakala pengaruh John Terry di dalam bilik persalinan amat membanggakan pengendali dari Itali itu.

Costa kini berkongsi tangga teratas sebagai penjaring terbanyak dengan 11 gol, dengan Alexis Sanchez -- dalam misi untuk mencari semula presasi cemerlangnya pada musim pertama beraksi di England, ketika dia meledak 20 gol pada musim 2014-15.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu berjaya mengawal perasaannya untuk beraksi dengan lebih baik dan ia telah membuahkan hasil buat bekas penyerang Atletico Madrid itu.

"Saya sangat gembira kerana melihat Costa mempamerkan kualiti terbaiknya di atas padang," kata Conte.

"Costa adalah seorang perwira, di dalam sesebuah pasukan, anda harus memerlukan seorang pemain yang akan memastikan kemenangan berjaya diperoleh dan saya dapat melihatnya dalam diri Costa."

Dalam pada itu, Conte turut berpuas hati melihat sikap profesional yang ditampilkan oleh Terry. Di sebalik kecederaan yang dialaminya, dia masih cuba untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan.

"Dia masih lagi seorang pemain bola sepak tetapi terpaksa berehat kerana mengalami kecederaan. Bagaimanapun, dia masih bertindak sebagai ketua kepada setiap pemain di dalam pasukan."

About Author

Harry West

Comment