Conte: Chelsea semakin selesa dengan formasi 3-4-3

By Chris Myson 15 October 2016
Conte: Chelsea semakin selesa dengan formasi 3-4-3
CHELSEA 3 LEICESTER 0

Pengurus Chelsea, Antonio Conte, berpuas hati dengan penerimaan pemainnya ketika menggunakan formasi 3-4-3 dan berasakan kemenangan 3-0 ke atas Leicester merupakan persembahan terbaik buat The Blues setakat ini.


Diego Costa, Eden Hazard dan Victor Moses meledak gol buat pasukan tuan rumah, sekaligus menyaksikan Leicester tewas buat kali keempat dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Chelsea kini mencipta dua kemenangan berturut-turut sejak menerapkan taktikal Conte dan beliau percaya formasinya telah mula membuahkan hasil.

"Ia merupakan perlawanan yang baik. Saya meminta pemain-pemain untuk bermain dengan intensiti tinggi dan cuba untuk mencipta peluang dari awal permainan.

"Saya sangat gembira dengan persembahan Chelsea. Saya dapat melihat mereka menunjukkan komitmen yang tinggi. Selepas anda bekerja keras, anda mahu menyaksikan satu keputusan yang cemerlang."

Conte mendedikasikan kemenangan ini kepada Willian, yang terpaksa mengetepikan perlawanan ini kerana ibunya meninggal dunia.

"Kami adalah satu pasukan dan juga keluarga kepada setiap individu dalam pasukan. Saya mahu dedikasikan kemenangan ini kepada Willian dan keluarganya, kami turut bersedih dengan pemergiannya ibunya."
 

About Author

Chris Myson

Comment