CHELSEA 1 TOTTENHAM 3

Antonio Conte menyifatkan hilang semangat untuk bermain menjadi punca Chelsea tewas 3-1 kepada Tottenham tetapi memberikan jaminan mereka akan terus bersaing untuk merebut tempat dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).


Chelsea ketinggalan lapan mata di belakang Tottenham dalam persaingan untuk mendapatkan tempat dalam kelompok empat terbaik selepas Spurs bangkit untuk meraih kemenangan pertama di Stamford Bridge sejak 1990.

Tandukkan Alvaro Morata meletakkan Chelsea di depan tetapi percubaan jarak jauh Christian Eriksen menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa, dengan dua jaringan dalam tempoh lima minit daripada Dele Alli memastikan kemenangan berpihak kepada Spurs.

"Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama. Jika ia berakhir 2-0, saya berasakan ia lebih adil untuk berakhir dengan keputusan 1-1," katanya.

"Selepas kami bolos dalam babak kedua, Chelsea sudah mula hilang semangat.

"Sukar untuk bangkit kerana menyedari ini merupakan peluang untuk merapatkan jurang dengan Spurs.

"Saya berasakan musim ini kami telah banyak menghasilkan peluang dalam perlawanan tetapi gagal menjaringkan gol. Musim lalu, kami lebih klinikal dan itu yang telah dilakukan oleh Spurs," tambahnya.