Pengendali Chelsea, Antonio Conte, mengakui bahawa kemenangan 3-1 ke atas Manchester City mungkin tidak akan berlaku jika percubaan Kevin De Bruyne tidak terkena palang.

Jaringan gol sendiri oleh Gary Cahill meletakkan City 1-0 di depan pada hujung babak pertama, namun The Citizens sepatutnya meledak gol kedua menerusi De Bruyne, namun percubaannya sekadar menggegar palang gol.

Menggunakan kesempatan itu, Chelsea bangkit dengan gol sumbangan Diego Costa, Willan dan Eden Hazard sebelum Sergio Aguero dan Fernandinho dilayangkan kad merah ketika memasuki masa kecederaan.

"Kemenangan yang besar berdepan pasukan yang kuat," Conte memberitahu Chelsea TV.

"Dengan kualiti yang mereka miliki, pada saya Chelsea merupakan pasukan yang lengkap dalam liga ini. Atas faktor itu, saya teruja dengan keputusan ini. Pemain saya mempamerkan perwatakan yang baik.

"Kami bernasib baik pada permulaan babak kedua kerana percubaan mereka sekadar menggegar palang di samping Thibaut Courtois berjaya memastikan keputusan kekal 1-0.

"Kemudian kami berjaya bangkit dengan gol penyamaan sebelum gol kedua dan ketiga hadir.

"Bukan mudah untuk bertandang ke Etihad dan melakar keputusan positif."