Cole masih ketawakan Arsenal selepas 10 tahun

By Joe Wright 22 March 2017
  Cole masih ketawakan Arsenal selepas 10 tahun
Ashley Cole mendakwa masih berasa lucu dengan kekurangan Arsenal dalam mencipta kejayaan.

Bekas pemain pertahanan England itu meninggalkan Gunners untuk menyertai Chelsea pada 2006 dalam perjanjian yang menimbulkan kemarahan penyokong pasukan kendalian Arsene Wenger itu.

Cole memenangi dua trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tiga Piala FA sebelum angkat kaki dari Arsenal dan kemudian memenangi lapan trofi utama di Stamford Bridge, termasuk Liga Juara-Juara pada 2012, manakala bekas pasukannya itu hanya merangkul kejayaan Piala FA selepas itu. 

Pemain berusia 36 tahun itu yang kini bersama LA Galaxy, mengakui perpindahannya sepatutnya boleh dikendalikan dengan lebih baik, sebaliknya menawarkan pandangan yang jujur mengenai kelucuan kelab lamanya itu.

"Saya mengharungi detik hebat di Arsenal, saya merindui muka-muka lama di sana tetapi saya berpindah dan memenangi setiap trofi selagi boleh," kata Cole kepada program Play to the Whistle ITV.

"Saya tidak akan menoleh ke belakang dan berkata saya menyesal, tidak.

"Secara jujurnya, ya - saya masih memikirkannya sehingga ke hari ini dan mentertawakan diri sendiri.

"Saya mempunyai banyak kenangan di sana dan saya fikir cara saya meninggalkan mereka agak kurang baik tetapi mereka juga menunjukkan sifat kurang hormat mereka terhadap saya.

"Mungkin saya melakukannya dengan cara yang salah. 

"Tetapi apabila saya menyorotnya kembali sekarang, saya fikir terdapat banyak pihak yang boleh saya persalahkan.

"Tetapi ia sudah 10 tahun berlalu."

About Author

Joe Wright

Comment