City tidak akan berputus asa -- Toure

By Amirul Azreen 3 February 2017
City tidak akan berputus asa -- Toure

Yaya Toure berkata dia tidak akan berputus asa mengejar Chelsea dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

City membelasah West Ham 4-0 di Stadium London kelmarin dan kini ketinggalan 10 mata di belakang The Blues.

Pengendali City, Pep Guardiola, menegaskan bahawa jurang mata terlalu besar untuk dikejar, namun Toure masih kekal optimis dengan peluang The Citizens.

"Saya tidak pernah mengaku kalah," Toure bercakap kepada media selepas kembali membarisi skuad Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Khamis.

"Apa yang penting bukan apa yang berlaku di luar padang, sebaliknya apa yang terjadi di atas padang.

"Sememangnya agak sukar untuk kami. Chelsea hanya beraksi satu perlawanan dalam seminggu manakala kami terlibat dalam banyak kejohanan.

"Chelsea jelas ampuh ketika ini dan sekiranya mereka mengatasi Liverpool tempoh hari, ia lebih menyukarkan kami.

"Tetapi kami akan terus beraksi baik dan melakar satu demi satu kemenangan."

About Author

Amirul Azreen

Comment