SWANSEA 1 MAN CITY 3

Pendahulu liga, Manchester City, tidak memberikan ruang untuk Swansea City apabila membenam tuan rumah 3-1 di Stadium Liberty.


Penyerang, Sergio Aguero, yang kembali daripada penggantungan tiga perlawanan, menandainya dengan jaringan seawal minit kesembilan.

Skuad kendalian Francesco Guidolin bangkit menyamakan kedudukan menerusi Fernando Llorente, yang menyambar gol sulungnya selang empat minit kemudian menerusi rembatan voli yang menarik.

The Citizens dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan Swansea, Mike van der Hoorn, melakukan kekasaran ke atas Kevin de Bruyne dan Aguero menjaringkan gol keduanya.

Raheem Sterling menambah gol ketiga hasil serangan balas pantas untuk membantu City kini selesa empat mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.