MANCHESTER CITY 4 TOTTENHAM HOTSPUR 1

Penguasaan Manchester City tidak dapat dikekang apabila mengalahkan Tottenham Hotspur 4-1 dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, awal pagi tadi.


Setelah memecahkan rekod Liga Perdana dengan melakar kemenangan berturut-turut paling banyak, City melebarkan pencapaian itu kepada 16 perlawanan.

Ilkay Gundogan membuka jaringan untuk City pada minit ke-14. Kevin DeBruyne menggandakan gol pada minit ke-70 sejurus selepas dikasari pemain Tottenham, Deli Alli, yang bernasib baik tidak diperintah keluar padang dengan hanya menerima kad kuning.

Raheem Sterling kemudian menjaringkan golnya yang ke-10 dan ke-11 dalam musim Liga Perdana selepas 80 minit untuk membawa City sukar dikejar.

Sterling hampir mencipta hatrik kerana sebelum dua golnya itu, dia gagal membuat penyudah susulan daripada sepakan penalti Gabriel Jesus yang terkena tiang.

Spurs memperoleh gol sagu hati dalam masa kecederaan apabila percubaan Christian Eriksen meluncur ke sudut kanan.

City kini memimpin carta liga dengan kelebihan 14 mata ke atas Manchester United dan Chelsea. United boleh mendapatkan tiga mata apabila mereka menjadi tuan rumah bertemu West Bromwich Albion malam ini.