Chelsea tidak akan jual Christensen kepada Barca atau Bayern

By Jon Fisher 25 October 2016
Chelsea tidak akan jual Christensen kepada Barca atau Bayern

Pengarah sukan Borussia Monchengladbach, Max Eberl, berharap untuk terus mendapatkan khidmat pemain pinjaman dari Chelsea, Andreas Christensen, di kelab itu selepas tamat tempoh pinjamannya.

Christensen telah membuat impak besar dalam Bundesliga, dengan menjadi pemain utama Gladbach selepas menamatkan saingan di tempat keempat musim lalu.

Pemain berusia 20 tahun itu dipinjamkan di Borussia-Park selama dua musim sehingga Jun 2017, dan Eberl optimis untuk terus mendapatkan khidmat pertahanan tengah kelab itu.

"Ia akan menjadi satu tugas yang sukar tetapi saya berharap kami mampu terus mendapatkan khidmatnya di kelab ini," kata Eberl.

"Kami tidak mungkin akan membelinya tetapi masih ada cara lain. Walaupun dia hanya kekal bersama kami buat dua musim, ia tetap akan menjadi satu kisah yang menarik.

"Dia adalah pemain yang berkualiti. Chelsea menjaga pemain yang dipinjamkan dengan baik.

Christensen telah memberitahu Eberl dia akan kembali ke Stamford Bridge jika diberikan jaminan beraksi dalam kesebelasan utama pasukan dan jika tidak, Chelsea mungkin akan cuba menjualnya.

"Christensen memberitahu jika dia dapat beraksi dalam kesebelasan utama Chelsea, dia akan pulang ke Stamford Bridge.

"Dia merupakan pemain bertaraf dunia. Chelsea tidak akan menjual pemain ini kepada Barcelona atau Bayern."

 

About Author

Jon Fisher

Comment