Chelsea sudah pun juara Liga Perdana -- Mourinho

By Sacha Pisani 20 February 2017
Chelsea sudah pun juara Liga Perdana -- Mourinho
Chelsea boleh memfokus secara khusus kepada Piala FA kerana mereka sudah pun menjamin kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dakwa pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Ia akan menjadi satu lagi kepulangan ke Stamford Bridge buat bekas bos The Blues, Mourinho, apabila United berkunjung ke London untuk perlawanan suku akhir Piala FA.

United menempah tempat mereka dalam suku akhir hasil kemenangan 2-1 ke atas Blackburn Rovers, semalam.

Dan Mourinho seakan-akan sudah memulakan perang psikologi, dengan Chelsea mendahului selesa lapan mata di persada Liga Perdana dan 12 mata mengatasi United.

“Barangkali Chelsea hanya boleh memikirkan perkara itu (Piala FA) kerana saya fikir mereka sudah terjamin menjuarai liga dan tiada apa lagi untuk diperjuangkan,” kata Mourinho selepas Zlatan Ibrahimovic masuk dari bangku pemain simpanan untuk menyumbat gol kemenangan di Ewood Park.

"Piala FA adalah sesuatu yang saya percaya penting buat mereka. Saya perlu bermain menentang St-Etienne (pada Rabu), saya perlu bermain final (Piala Liga), dan saya perlu bermain menentang harap-harapnya satu lagi lawan dalam Liga Europa. 

"Saya perlu bersaing untuk kelompok empat teratas dalam Liga Perdana. Saya mempunyai banyak sekali untuk difikirkan.

“Perlawanan ini hanya akan tiba sebulan lagi. Saya tidak mahu bercakap mengenainya.”

United memiliki jadual yang menyeksakan, termasuk satu kunjungan ke Saint-Etienne untuk pertemuan kedua pusingan 32, Liga Europa pada Rabu.

Barisan bimbingan Mourinho juga akan berdepan Southampton dalam final Piala EFL pada 26 Februari.

About Author

Sacha Pisani

Comment