Antonio Conte bersedia untuk mencuri pemain sasaran Manchester United, pertahanan Benfica, Victor Lindelof, hujung musim ini.

Mirror UK melaporkan pengendali Itali itu telah menjadikan pemain itu sebagai sasaran utama selepas menerima laporan daripada pencari bakat mengenai prestasi pemain berusia 22 tahun itu.

Sebelum ini, Lindelof dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford tatkala pengendali, Jose Mourinho, bersedia membida GBP38 juta buat pemain itu.

Bagaimanapun, United mungkin terpaksa meninggikan bidaan mereka berikutan timbul minat daripada Chelsea dan kelab Serie A, Inter Milan.

Chelsea dikhabarkan turut berminat mendapatkan bek kanan Benfica, Nelson Semedo.

Benfica meletakkan tanda harga GBP35 juta buat pemain itu ketika kelab berpangkalan di Portugal itu mahu menjual bintang utama mereka bagi menampung krisis kewangan yang dialami ketika ini.