Frank Lampard mahu mengelak sebarang perpindahan terburu-buru dalam jendela perpindahan kali ini walaupun beliau bersifat terbuka untuk memperkuatkan skuad Chelsea.

Chelsea tidak dapat menandatangani mana-mana pemain sebelum musim 2019-2020 bermula, selepas kelab itu digantung daripada sebarang aktiviti perpindahan pemain.

Disebab penggantungan itu, Lampard menurunkan pemain-pemain muda bagi membuktikan kemampuan mereka untuk berada dalam kesebelasan utama dan Mason Mount, Reece James, Fikayo Tomori serta Tammy Abraham menyerlah buat The Blues.

Penggantungan kelab itu sepatutnya berakhir pada penghujung musim, namun ia telah dikurangkan dan Chelsea boleh kembali menandatangani pemain bulan ini.

Lampard, bagaimanapun, yakin Chelsea tidak akan mendapatkan mana-mana pemain baru walaupun sekadar mendahului lima mata ke atas Manchester United yang berada di tangga kelima.

"Saya enggan mengulas perkara tersebut kerana bukan saya yang berurusan pada ketika itu," kata Lampard apabila ditanya mengenai pemain-pemain yang berhijrah ke Chelsea pada bulan Januari seperti Alexandre Pato dan Gonzalo Higuain.

"Pemain-pemain yang anda sebut amat berkualiti. Saya berasakan idea membeli pemain pada bulan ini, adalah sesuatu yang sukar, terutama buat mereka yang berhijrah ke liga baru dan sukar untuk mendapatkan keserasian.

"Saya berasakan ia adalah sebab kami lebih berhati-hati. Kami enggan membuat keputusan terburu-buru dalam mendapatkan pemain.

"Saya mahu lakukan yang terbaik buat kelab ini. Saya akan mempertimbangkan setiap keputusan dan berhubung dengan kelab."



Editor: Ammar Hakim