Penjaga gol Arsenal, Petr Cech, terpaksa mengharungi saat paling buruk dalam kariernya apabila bolos dalam lapan perlawanan.

Penjaga gol berusia 34 tahun itu gagal menidakkan gol daripada Leroy Sane dan Raheem Sterling selepas The Gunners gagal mempertahankan gol pendahuluan apabila tewas 2-1 kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Cech kini telah dibolosi dalam lapan perlawanan -- persembahan terburuknya sejak menyertai Chelsea dari Rennes pada 2004.

Ia merupakan kali pertama sejak 2012 City bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk memenangi perlawanan dalam EPL.