Andy Carroll, yang telah menjauhkan dirinya daripada` laporan yang mengaitkan pemain itu dengan perpindahan ke Liga Super China (CSL), dia mahu kekal dengan West Ham.

Penyerang England itu telah dikaitkan dengan perpindahan bernilai GBP20 juta untuk beraksi dalam CSL dan dilaporkan bakal menerima gaji sebanyak GBP300,000 seminggu.

Tetapi pemain berusia 27 tahun itu berkata dia masih mahu terus beraksi buat West Ham selepas dipinjamkan dari Liverpool sejak 2012 dan menjadi pemain tetap pada tahun berikutnya.

"Saya tidak tahu dari mana datangnya khabar angin ini," kata Carroll kepada Sky Sports.

"Saya sangat gembira di sini dan mahu beraksi untuk West Ham dalam tempoh jangka panjang."

Carroll membuat persiapan untuk menerima kunjungan Manchester United di Stadium London, dengan West Ham berharap untuk menghasilkan kemenangan ketiga berturut-turut di laman sendiri.

"Kami sukar untuk membiasakan diri di laman sendiri pada permulaan musim.

"Sekarang kami semakin selesa, ia merupakan stadium yang menakjubkan dan tempat yang terbaik untuk bermain bola sepak.

"Kami menyedari ia merupakan perlawanan yang sukar tetapi kami mahu memulakan tahun ini dengan kemenangan."