Jose Mourinho memberi bayangan musim ini adalah yang terakhir buat pemain tengah, Michael Carrick, di Old Trafford.

Carrick, yang telah membuat 11 penampilan buat United setakat ini, akan tamat kontraknya hujung musim ini.

Malangnya, dengan usia bekas pemain tengah Tottenham Hotspur itu akan mencecah 36 tahun Julai depan, Mourinho memberi bayangan pemain itu perlu meneruskan karier bersama pasukan baharu.

"Secara jujur, saya sedar Carrick telah mempamerkan banyak aksi positif di atas padang," katanya menerusi Daily Mirror.

"Tetapi saya tidak boleh mengambil kad pengenalannya dan memadam lima tahun daripada umurnya, Michael bukan berusia 30 tahun."

Carrick telah pun membuat 400 penampilan untuk United sejak berada di kelab itu pada tahun 2006.