Carrick jangka Red Devils hadapi Hull dengan barisan terbaik

By Joe Wright 24 January 2017 115
 Carrick jangka Red Devils hadapi Hull dengan barisan terbaik
Michael Carrick menjangkakan Jose Mourinho akan menurunkan skuad utama Manchester United untuk mengesahkan tempat mereka dalam perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL) ketika berdepan Hull City, awal pagi esok. 

United bakal membuat perhitungan dengan Hull di Stadium KCOM untuk aksi separuh akhir dengan bekalan 2-0 secara agregat menerusi jaringan Juan Mata and Marouane Fellaini di Old Trafford. 

Ia di sebalik bergelut dengan masalah kecederaan yang menyaksikan Ryan Mason menjadi mangsa terbaru apabila mengalami keretakan di kepala ketika menentang Chelsea. 

Sejak diambil alih oleh Marco Silva, corak persembahan Hull dilihat semakin memberangsangkan apabila hanya tewas sekali dalam lapan perlawanan di tempat sendiri. 

Carrick berkata United tidak rela bersikap sambil lewa apabila mengintai slot dalam final kejohanan itu sejak kejayaan terakhir pada 2010. 

"Sudah pasti ia belum lagi berakhir, kami semua menyedari hakikat itu," kata pemain yang mencecah usia 35 tahun itu kepada MUTV. 

"Kami sentiasa mengingatkan diri kami mengenainya. Kami mungkin menurunkan barisan utama dan akan turun bagaikan keputusan perlawanan masih lagi 0-0 dan bermula dari awal lagi. 

"Adalah berbahaya apabila anda hanya turun mempertahankan kelebihan dengan memikirkan keputusan ini atau usaha kami sudah memadai.

"Kami perlu turun seperti menghadapi perlawanan lain, kekal fokus dan bersungguh-sungguh untuk cuba memenangi perlawanan. 

"Siapa yang tidak suka dengan peluang ke Wembley untuk meraikan satu lagi kejayaan trofi? Apatah lagi, kami sudah semakin hampir tanpa memikirkan semuanya sudah terjamin."

About Author

Joe Wright

Comment