Carragher persoal penyudah tumpul Sturridge

By Nicholas McGee 26 January 2017
Carragher persoal penyudah tumpul Sturridge
Jamie Carragher mendakwa Daniel Sturridge tidak menyumbang apa-apa selepas penyerang Liverpool itu memperagakan aksi longlai dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris (EFL) apabila disingkirkan Southampton, awal pagi tadi. 

Hajat Liverpool untuk ke Wembley dimusnahkan oleh gol lewat permainan oleh Shane Long di Anfield untuk pasukan pelawat mara dengan agregat 2-0. 

Sturridge terlepas dua peluang menarik buat Liverpool apabila gagal menyudahkan peluang jarak dekat selain umpanan lintang James Milner dari jarak tiga ela. 

"Apabila dia (Sturridge) bermain dan dia gagal menghasilkan gol, secara dasarnya anda bermain dengan 10 pemain kerana dia tidak menawarkan apa-apa," kata Carragher kepada Sky Sports. 

"Satu-satunya sebab dia berada dalam pasukan adalah kerana keupayaan penyudahnya. Ketika ini, dia tidak berbuat apa-apa.

"Dia sangat berbeza berbanding ketika mula dibawa masuk oleh Brendan Rodgers. Dia sering membuat larian dari belakang dan dia memiliki kepantasan.

"Saya tidak pasti sama ada lariannya sudah tiada lagi atau dia bimbang mengenai kecederaan. Namun, kepantasan lariannya sudah hilang. Apa yang dilakukannya ketika ini adalah menunggu bola."

About Author

Nicholas McGee

Comment