Carragher: Liverpool perlu dapatkan khidmat Hart

By Sacha Pisani 28 December 2016 56
Carragher: Liverpool perlu dapatkan khidmat Hart

Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, berkata Jurgen Klopp perlu mendapatkan khidmat Joe Hart bagi menyelesaikan isu penjaga gol The Reds.

Prestasi Simon Mignolet jauh daripada meyakinkan ketika menang 4-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Stoke City, dengan penjaga gol dari Belgium itu merupakan punca Stoke dapat menjaringkan gol pembukaan di Anfield.

Mignolet kembali dalam kesebelasan utama selepas kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Loris Karius.

Dengan kedua-dua penjaga gol sedang bergelut, Carragher menggesa Liverpool untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England dan pemenang EPL, Hart, yang kini dipinjamkan ke Torino dari Manchester City.

"Liverpool mempunyai masalah penjaga gol. Sebab Karius berada di dalam kesebelasan utama adalah Mignolet gagal mempamerkan aksi yang konsisten," ujar Carragher.

"Pada pendapat saya, ketika jendela perpindahan Januari dibuka, Liverpool perlu mendapatkan Hart. Saya mahu Klopp mendapatkan pemain ini.

"Kehadirannya akan meningkatkan lagi peluang Liverpool untuk memenangi liga."

Liverpool melakar kemenangan ketiga berturut-turut dan menduduki tangga kedua dengan perbezaan enam mata dengan pendahulu liga, Chelsea.

"Musim depan akan menjadi lebih sukar buat kami, dengan saingan bola sepak di Eropah, saya berpendapat mereka perlu mendapatkan pemain-pemain yang berpengalaman. 

"Kelab-kelab lain akan membelanjakan wang yang banyak untuk memperkuatkan pasukan, jadi saya berharap Liverpool juga akan melakukan perkara yang sama."

 

About Author

Sacha Pisani

Comment