Can mahu kembali dalam kesebelasan utama The Reds

By Ben Spratt 9 October 2016
Can mahu kembali dalam kesebelasan utama The Reds

Emre Can bersedia untuk bersaing mendapatkan tempat di dalam skuad utama Liverpool sambil mengakui kecewa kerana berada di bangku simpanan sejak pembukaan musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp telah mempamerkan aksi cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, menewaskan Arsenal, Leicester City dan Chelsea untuk menduduki tangga keempat liga, dengan menjaringkan 18 gol.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Jerman, Can, yang merupakan pemain utama Liverpool dalam dua musim sebelum ini, masih gagal membuat penampilan musim ini.

Can menyedari dia perlu bekerja keras untuk mengubah situasi ini.

"Saya adalah seorang pemerhati yang teruk, sememangnya saya gembira menyaksikan pasukan saya memenangi perlawanan, tetapi perasaannya berbeza jika kamu beraksi di atas padang," kata Can.

"Saya perlu bekerja keras. Saya perlu mengembalikan kecergasan saya. Jika saya diberikan peluang untuk beraksi, saya perlu mempamerkan aksi yang cemerlang untuk mendapatkan keyakinan saya semula."

Liverpool akan menerima kunjungan Manchester United di Anfield selepas tamat aksi perlawanan antarabangsa.

 

About Author

Ben Spratt

Comment