Pemain tengah Bayer Leverkusen,, Hakan Calhanoglu, tidak akan mengulas mengenai dakwaan dia akan berhijrah ke Chelsea pada penghujung musim ini.

Media Turki, Fanatik, mengaitkan pemain berusia 22 tahun itu akan berpindah ke Chelsea pada Jun nanti.

Bagaimanapun, bintang Leverkusen itu menegaskan dia tidak pernah ditemuramah oleh wartawan Turki mengenai masa depannya atau penggantungannya selama empat bulan.

"Saya tidak bercakap dengan pemberita dan tidak bercakap dengan mana-mana wartawan Turki mengenai keputusan mahkamah mahu pun masa depan saya!" katanya.

Calhanoglu sedang menjalani penggantungan empat bulan dan terlepas aksi hingga akhir musim ini selepas didapati bersalah melanggar kontrak dengan Trabzonspor pada 2011.