Cahill mohon maaf kepada Mertesacker

By Staff Writer 8 August 2017 207
Cahill mohon maaf kepada Mertesacker
Kapten Chelsea, Gary Cahill, telah memohon maaf kepada Per Mertesacker selepas pertahanan Arsenal itu dijahit pada bahagian muka apabila kedua-dua mereka bertembung di udara.

Siku Cahill terkena pada muka Mertesacker dalam separuh masa pertama aksi Perisai Komuniti di Wembley -- insiden yang meninggalkan pemain veteran Arsenal itu tidak dapat meneruskan perlawanan dan diganti oleh Sead Kolasinac.

Arsenal mengesahkan Cahill telah memasuki bilik persalinan mereka dan meminta maaf kepada pemain kebangsaan Jerman itu selepas perlawanan, di mana Arsenal meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 apabila mereka seri 1-1 selepas tamat waktu permainan.

Mertesacker memuji sikap lawannya dan mendedahkan dia berasa lebih baik dengan kecederaan yang dialami.

"Ia merupakan satu semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan oleh Cahill," kata Mertesacker.

"Dia seorang juara, jadi saya mengucapkan terim kasih kerana mengambil berat di atas yang telah berlaku walaupun ia dilakukan secara tidak sengaja.

"Keputusan kemenangan ini sedikit-sebanyak membantu saya. Tiada konkusi yang berlaku dalam pelanggaran tersebut, cuma luka yang dalam di bahagian muka saya, jadi ia perli dijahit."

Mertesacker mendedahkan dia tidak pasti sama ada dapat diturunkan untuk aksi pertama Liga Perdana Inggeris bertemu Leiceseter pada Jumaat ini.

"Saya tidak pasti. Saya berharap dapat segera pulih dan beraksi bersama pasukan."

About Author

Staff Writer

Comment