Cahill: Kami mendominasi keseluruhan perlawanan

By Dominic Smith 23 October 2016
Cahill: Kami mendominasi keseluruhan perlawanan

Gary Cahill memuji persembahan Chelsea ketika menewaskan Manchester United 4-0 selepas pasukannya 'mendominasi keseluruhan perlawanan'.

Cahill, dilantik menjadi kapten Chelsea menggantikan John Terry, berjaya meledak satu gol selepas Pedro Rodriguez membuka jaringan seawal tempoh 30 saat perlawanan dimulakan.

Ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Chelsea dalam Liga Perdana, skuad bimbingan Antonio Conte kini telah meledak sembilan gol tanpa balas selepas Eden Hazard dan N'Golo Kante menambah dua lagi jaringan dalam babak kedua perlawanan.

Cahill berkata pasukannya berpuas hati dengan satu lagi kemenangan dan lebih manis lagi, mempamerkan persembahan yang sangat cemerlang.

"Memenangi perlawanan adalah perkara yang penting tetapi persembahan hari ini amat menakjubkan," ujar Cahill kepada Sky Sports.

"Kami telah mendominasi perlawanan sejak minit pertama sehingga akhir, ia merupakan satu pencapaian yang sangat baik untuk kami.

"Saya sangat gembira kerana berjaya menjaringkan gol, ia merupakan saat yang terbaik dalam perlawanan ini."

About Author

Dominic Smith

Comment