Gary Cahill dipilih sebagai kapten pasukan oleh pengurus Chelsea, Antonio Conte.

Pertahanan tengah itu telah mengetuai pasukan sebahagian besar daripada saingan musim lalu, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh John Terry, yang sudah berhijrah menyertai Aston Villa.

Cahill terus melakar nama di Stamford Bridge sejak berhijrah dari Bolton Wanderers pada 2012 dan Conte percaya dia telah membuktikan kualitinya sebagai kapten pasukan.

"Jika dia beraksi, Cahill merupakan pilihan tepat untuk mengetuai pasukan," kata Conte.

"Mengapa? Kerana dia sudah bersama Chelsea dalam tempoh yang agak lama dan beraksi dalam banyak perlawanan."

Bagaimanapun, Conte menggesa pemain-pemain senior yang lain untuk mengambil peranan memimpin pasukan pada musim keduanya bersama The Blues.

"Saya berasakan kami mungkin menamakan beberapa pemain lain sebagai kapten, Cesar Azpilicueta, David Luiz dan Cesc Fabregas."