Mencipta serangan dari bahagian bawah bersama Manchester City membuatkan penjaga gol, Willy Caballero, seakan-akan hidup semula.

Bekas penjaga gol Malaga itu, yang berkhidmat sebagai penjaga gol simpanan hampir dua musim di Stadium Etihad, mendapat peluang untuk menyertai kesebelasan utama ketika menewaskan West Ham 4-0 dan mengekalkan kedudukan ketika melakar kemenangan 2-1 ke atas Swansea City.

Pep Guardiola memberitahu sidang media pra-perlawanan bahawa beliau masih belum membuat keputusan untuk menurunkan Bravo mahupun Caballero ketika berdepan Bournemouth.

Guardiola membawa Bravo dari Barcelona, Ogos lalu, mengetepikan penjaga gol kebangsaan England, Joe Hart, kerana kebolehan yang dimiliki oleh penjaga gol Chile itu yang dilihat lebih cemerlang membantu pertahanan pasukan.

Caballero telah membuktikan bahawa dia mampu mengisi kekosongan jika diberikan peluang pada musim ini.

"Peranan penjaga gol di dalam permainan bola sepak sentiasa akan bertambah, daripada menangkap bola, kami juga perlu kemas mengawal bola dengan kaki dan kami juga harus membantu pasukan untuk melancarkan serangan. Ia amat menakjubkan.

"Saya agak takut dan teruja ketika mendapat mendapat bola tetapi ia telah memberikan saya perasaan seperti hidup semula."