Cabaran sukar nanti The Blues dalam separuh kedua musim 2016-17

By Dejan Kalinic 1 January 2017
Cabaran sukar nanti The Blues dalam separuh kedua musim 2016-17

Ketua jurulatih Chelsea, Antonio Conte, memuji persembahan pasukannya pada separuh pertama musim 2016-17 tetapi menyedari cabaran sukar menanti mereka.

Kemenangan 4-2 ke atas Stoke City pada Sabtu menyaksikan Chelsea melanjutkan rekod kemenangan ke-13 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad bimbingan Conte telah memenangi 16 daripada 19 perlawanan liga untuk berada di persada liga dengan kelebihan enam mata.

Bagaimanapun, pengendali dari Itali itu memberikan amaran kepada pemain-pemainnya bahawa cabaran sukar menanti mereka.

"Saya berpendapat kami telah mempamerkan aksi yang mantap dalam separuh pertama dan ia adalah sesuatu perkara yang sukar diulangi," kata Conte.

"Kami telah bermain 19 perlawanan, kami berjaya menang 16 perlawanan, seri sekali dan tewas dua kali. Ia merupakan pencapaian yang sangat baik buat kami.

"Cabaran sukar menanti kami kerana setiap pasukan melihat kami sebagai ancaman, kami harus sentiasa berwaspada."

Dua gol daripada Willian, satu gol daripada Gary Cahill dan Diego Costa, memberikan Chelsea kemenangan ke atas Stoke di Stamford Bridge.

 

About Author

Dejan Kalinic

Comment