Burnley selesa tundukkan Watford

By Dom Farrell 26 September 2016
Burnley selesa tundukkan Watford

Jeff Hendrick dan Michael Keane meledak gol sulung dalam aksi Liga Perdana ketika membantu Burnley menewaskan Watford 2-0, awal pagi tadi.

Setelah menewaskan West Ham dan Manchester United, Watford tampil sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini.

Skuad kendalian Walter Mazzarri sekali lagi menerapkan formasi 3-5-2, namun anak buah Sean Dyche menggunakan peluang yang terhidang untuk melancarkan serangan di bahagian sayap.

Pada minit kelapan, George Boyd melepaskan rembatan voli selepas Watford gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, namun percubaannya ditampan keluar penjaga gol, Heurelho Gomes.

Burnley dilihat mempamerkan permainan yang lebih agresif dan kemas mengawal permainan pada babak pertama, dengan Jeff Hendrick membuka jaringan buat Burnley pada minit ke-38.

Burnley terus melancarkan serangan ke kubu pasukan pelawat, dengan pemain kebangsaan Iceland, Johaan Gudmundsson, melakukan rembatan tetapi sekadar melewati palang gol.

Watford cuba bangkit pada separuh masa kedua, menyaksikan peluang terhidang buat penyerang Troy Deeney, namun rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol, Tom Heaton.

Burnley menggandakan jaringan pada minit ke-50 apabila hantaran silang Steven Defour berjaya menemui bekas pemain Manchester United, Will Keane, untuk melakukan tandukan menewaskan Gomes.

Kemenangan Burnley ini meletakkan mereka di tangga ke-11 dan berkongsi tujuh mata bersama Watford serta juara bertahan, Leicester City.

About Author

Dom Farrell

Comment