Bukan perkara mudah biasakan diri dalam EPL -- Conte

By Nicholas McGee 3 January 2017
Bukan perkara mudah biasakan diri dalam EPL -- Conte

Pengurus Chelsea, Antonio Conte, berkata ia merupakan perkara yang sukar untuk membiasakan diri dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengkritik peraturan permainan di England.

Skuad bimbingan Conte menduduki takhta EPL, memiliki kelebihan tujuh mata ke atas City, yang menewaskan Burnley 2-1 pada Isnin walaupun tanpa kelibat pemain tengah, Fernandinho, yang dilayangkan kad merah.

Guardiola berang dengan keputusan itu dan percaya jaringan Ben Mee buat Burnley tidak akan diterima jika beraksi di luar England.

Mee menampan masuk gol selepas Claudio Bravo gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti, walaupun ulang tayang menyaksikan penjaga gol itu telah dihalang oleh Sam Vokes.

"Di dalam peraturan menyatakan penjaga gol tidak boleh disentuh dalam kotak enam ela (5.5meter)," kata Guardiola selepas perlawanan tamat. "Saya perlu menyesuaikan diri dan memahami peraturan istimewa di England."

Ditanya mengenai ulasan Guardiola menjelang pertemuan berdepan Tottenham, bekas jurulatih Itali itu berkata: "Seperti biasa, jika kamu mengambil alih pasukan di luar negara, saya akan membawa falsafah permainan kamu sendiri.

"Ia bukan sesuatu yang mudah dan perkara yang sangat penting adalah kerjasama pemain-pemain yang akan mencuba cara anda, ia bukan satu perkara yang mudah."

About Author

Nicholas McGee

Comment